Sunday 1 July 2012

apa sebenarnya cinta ??

semua org ada hati dan perasaan , dan pastinya pernah suka atau syg seseorang yg berlainan jantina , lebih jelas lagi bercinta laa kan , tapi pernah tak dikhianati ?? dilukai ?? dicurangi ?? dipermainkan ??

kalau kita dipermainkan , kita mesti sakit hati dan marah , bengang , kan ?? apa yg kita buat ? kita maki dia , kita bgtahu kat fb or twitter yg dia tu tak guna , kita luahkan kat org supaya kita rasa puas , supaya semua org tahu yg dia tu lukakan hati kita dan dia permainkan kita .

tapi sedar tak kita apa silap kita ? apa kurangnya kita ? apa yg kita leka ? ask yourself , jgn selalu menyalahkan org lain , kata org , jgn terlalu menyalahkan diri sendiri kerana kelak memakan diri , haa btul laa tu , tapi apa kita dpt kalau kita salahkan org lain ? kepuasan ? kepuasan apa ?? sakit hati tu boleh hilang ke ? never !

perasaan syg tu bkn sesuatu yg mudah utk dilupakan , once kita syg seseorang tu , selamanya kita akan teringatkan dia , terlalu sukar utk melupakan , kecuali , kalau kita ni hilang ingatan terus , boleh ke kita memaafkan ? ini lah sikap manusia , dendam dan meletakkan karma pd seseorang , biarlah karma itu dtg sendiri , tak usah laa menentukan kehidupan org lain , itu semua kerja Tuhan .

aku tidak bercakap tentang kesempurnaan aku , aku juga khilaf , pernah melakukan kesilapan dlm hidup , dan drpd situ , aku kenal erti kehidupan , aku blaja drpd kesilapan , aku mula matang dlm membuat keputusan , susah sbnarnya , sgt susah , tapi tak mustahil .

DIA , ajar aku erti sabar , menjadikan aku lebih tabah , buat fikiran aku lebih matang , yes ! manusia lain tdk boleh mengubah kita kecuali diri kita sendiri , tapi org lain tu boleh jadi pembakar semangat kita , boleh jadi penyebab kpd perubahan kita , positif atau negatif , itu pilihan kita sendiri yg mana kita harus pilih , dan dia adalah punca aku jadi lebih kuat .

tapi dikhianati tu adalah perkara yg sgt sakit , teramat sgt , tak terkata peritnya , tapi kita sendiri yg perlu main peranan mcm mana kita nak control diri dan perasaan kita , ada yg takboleh kawal sampai buat keputusan yg boleh mencederakan diri sendiri , malah boleh meragut nyawa , wajarkah hanya kerana cinta ??

jika kita mencintai seseorang setulusnya , doakan yg terbaik utk dia , relakan pemergian dia , maafkan dia , hormat keputusan dia , dan redha dgn takdir yg Tuhan tentukan , setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya , Tuhan pasti akan balas setiap perbuatan baik kita , Tuhan juga dahh tentukan jodoh kita sejak kita dlm kandungan lagi , jika kita berpisah dgn org tu , maka percayalah dia bkn lah jodoh kita yg telah Tuhan tentukan , pasti ada hikmah di sebalik semua yg berlaku .

seseorang yg terlalu mencintai akan sanggup melakukan apa saja demi insan tercinta , ada yg sanggup mengorbankan jiwa dan raga , malah nyawa pun sanggup digadai , begitu hebat erti cinta , tapi fikirlah sejenak , mampukah kita lalui semua itu ? adakah kita sudah bersedia utk hadapi segala kemungkinan ? sebelum mencintai , kita seharusnya bersedia utk dilukai , dan drpd itu kita akan berwaspada dan tdk keterlaluan .

jika benar hati tulus menyayangi , doakanlah yg terbaik utk hubungan itu , mengadulah pada Allah , Dia Maha Mendengar dan Maha Memahami , setiap kebaikan kita pasti akan dpt ganjaran , ganjaran drpd Allah yg tiada taranya , di dunia kita disakiti , di akhirat kita pasti diadili , percayalah , Allah itu Maha Adil , Dia sentiasa melihat setiap apa yg kita lakukan , dan dia tahu segalanya walaupun yg tak terluah .

hati yg ikhlas mencintai ini akan sentiasa mendoakan kesejahteraanmu , kebahagiaanmu , dan merelakan kpd mu apa saja , terima kasih kerana mengizinkan diri ini menyayangimu , walaupun jarak dan jurang itu terlalu jauh , kehidupan yg terlalu berbeza , semoga Allah membalas setiap kebaikanmu , apa yg kau katakan , jika ada jodoh , kita pasti bersama , dan jika Allah sudah tentukan kau bkn milikku , semoga yg bakal mendampingimu itu adalah sebaik baik insan yg Allah telah ciptakan , dan semoga kau sentiasa bahagia , hingga ke syurga , aminn .